Wasiat Terakhir Rasulullah SAW
Wasiat Terakhir Rasulullah SAW
Saban tahun di seluruh dunia, sambutan Maulidur Rasul memperingati
hari kelahiran Nabi Muhammad s.a.w diadakan termasuk di negara kita.
Dendangan selawat dan puji-pujian ke atas Baginda menghiasi halwa
telinga dan cerita-cerita yang dipaparkan di media banyak mendatangkan
keinsafan terhadap peranan kita sebagai umat Baginda.
Khutbah ini disampaikan pada 9hb Zulhijjah, tahun 10 Hijriah di Lembah Uranah, Gunung Arafah :
“Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak
kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan
kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan telti
kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat
hadir disini pada hari ini.
Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan Kota
ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim
sebagai amanah suci.Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada
pemiliknya yang berhak.Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain
tidak menyakiti kami lagi.
Ingatlah bahawa sesungguhnya, kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia
pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah telah
mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba
dibatalkan sekarang.
Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah
berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka
berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti dalam perkara-perkara kecil.
Wahai Manusia Sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu
mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan
hak mereka keatas kamu, maka mereka, juga berhak untuk diberi makan dan
pakaian dalam Susana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan
baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka
adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka
ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak
sukai kedalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
Wahai Manusia, dengarlah
bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah
sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan
tunaikankanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah Ibadah Haji
sekiranya kamu mampu. Ketahui bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada
Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih
mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.
Ingatlah, bahawa, kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk
dipertanggung jawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh
itu Awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan
kebenaran selepas ketiadaaku.
Wahai Manusia, tidak ada lagi Nabi
atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan ada lain agama
baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah
kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku
tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh
dan mengikuti kedua-duanya, necaya kamu tidak akan tersesat
selama-lamanya. Itulah ALQURAN dan SUNNAHKU.
Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula
kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari
mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya
telah aku sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMU.
P/s: Kecintaan kita kepada Rasulullah SAW menandakan wujudnya iman di
dalam diri kita. Baginda bersabda, ” Tidaklah seseorang itu dikatakan
beriman hingga aku lebih dicintai daripada ayahnya, anaknya dan seluruh
manusia.” (hadith riwayat Bukhari)
Wah artikel yang Cukup Bagus nih..
BalasHapusIzin Download Ilmunya ya gan..
#Blogwalking